News Breaking
Live
wb_sunny

Breaking News

Perjelas Kenapa Tidak Dedah Wajah Anak Lebih Awal

Perjelas Kenapa Tidak Dedah Wajah Anak Lebih Awal

Majlis Kesyukuran dan Cukur Jambul Aqeef -Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI
NegeriOpini - PASANGAN pelakon popular, Amar Baharin dan Amyra Rosli hari ini buat pertama kalinya memperkenalkan cahaya mata sulung mereka, Aqeef Anaqi kepada umum.

Sesi tersebut dilakukan di Majlis Kesyukuran dan Cukur Jambul Aqeef yang berlangsung meriah di Rosa Event Space petang tadi.

Majlis turut dihadiri lebih 200 orang tetamu yang terdiri daripada keluarga terdekat dan  sahabat handai.

Tidak ketinggalan anak-anak yatim dari rumah Radhatul Jannah, Gombak yang turut memeriahkan majlis.

Acara dimulakan dengan alunan marhaban dari kumpulan  Marhaban Masjid AlTawaqin dan diikuti dengan acara cukup jambul Aqeef yang kini sudah menginjak usia dua bulan.

Dalam majlis yang sama, Amar dan Amyra turut menyampaikan sumbangan kepada 24 orang anak-anak yatim yang dijemput.

Pasangan ini yang ditemui selepas majlis berakhir tampil membuat penjelasan tentang sebab sebenar mereka tidak mendedahkan nama dah wajah anak lebih awal sebelum ini.

Hanya selepas dua bulan Aqeef dilahirkan dan Amyra tamat berpantang, barulah majlis ini diadakan sekali gus memperkenalkan putera sulung mereka ini.

“Sebab sebenar kami tidak mendedahkan wajah cahaya mata sulung kami adalah kerana terikat dengan Program The Adventure of Aqeef AmyraAmar, terbitan astro yang mana nama dan wajah anak kami hanya akan dikongsikan apabila program ini bermula.

“Rakaman program lapan episod ini bermula ketika usia kandungan Amyra mencecah lapan bulan dan berakhir pada majlis yang berlangsung hari ini.

“Biarpun pelbagai andaian dan kecaman yang dibuat oleh netizen di luar sana, kami tidak mengambil kisah kerana faham mereka tidak tahu tentang situasi sebenar kami,” ujar Amar.

Bagaimanapun, Amar dan Amyra memberitahu selepas ini mereka akan sentiasa berkongsi tentang perkembangan terkini Aqeef dengan peminat.
“Kalau ikutkan,  sejak awal Aqeef lahir lagi saya memang tak sabar-sabar nak kongsikan dengan peminat di luar sana, tapi disebabkan perjanjian eksklusif yang dibuat program ini, kami tangguhkan dulu.

“Jadi selepas ini saya dan Amyra akan sentiasa berkongsi tentang perkembangan anak kami.

“Malah kami juga akan buat akaun Instagram yang akan kami jadikan  album memori untuknya,” jelas Amar.

Dalam pada itu, Amyra turut menyatakan bakal kembali aktif dalam bidang seni selepas lama berehat.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan Myra juga sudah dapat menyesuaikan diri dengan tanggungjawab baru sebagai ibu.

“Jadi selepas ini tiba masa untuk Myra kembali bekerja seperti biasa di mana Januari depan Myra akan memulakan penggambaran drama baru.

“Myra tiada masalah tentang penjagaan anak kerana tinggal bersama dan semestinya mama akan membantu untuk jaga Aqeef bila Myra keluar bekerja,” ujar Amyra yang kini kembali ke berat badan asal selepas melalui proses berpantang secara tradisional.

Amar dan Amyra diijabkabulkan pada 11 November 2016 dan selamat melahirkan Aqeef Anaqi secara normal di Pusat Perubatan Prince Court pada 15 Oktober lalu.

Tags

Newsletter Signup

Sed ut perspiciatis unde omnis iste natus error sit voluptatem accusantium doloremque.